Friday, November 23, 2007

Thursday, November 22, 2007

ESOK MASIH ADA.........

Tuit...tuit....tuit...... jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Perlahan -lahan mataku bukak kiri...kanan....dan akhirnya pandanganku menjadi luas. Malas-malas aku bangun dan terus mandi. Yeh!!!! esok nak balik dah....tak sabar rasanya plak.
Hari ini aku berazam untuk menyiapkan laman blog aku..kannya apa semalam aku tidur puas-puas sebab tak larat nak buka mata dah tu yang tak siap blog aku. He...he...he....
"Atas rumput ada kaki, kaki cantik tak pernah lihat, kaki atas rumput, rumput yang hijau, hei.....atas kaki ada lutut, lutut cantik tak pernah lihat, lutut atas kaki, kaki atas rumput, rumput yang hijau, hei.....bla....bla..bla...." . Bersemangat aku lihat murid-murid ni menyanyi bersama-sama fasil.
Selepas 'dinner' malam ni, aku dan kekawan bertungkus lumus menyiapkan laman blog sedar tak sedar aku dan Cikgu Yan tertidur kul 2.00 pagi tapi tak siap2 gak .......tidur dulu sambung pagi esok lak kataku. Mata pun dah semakin tertutup......









TAK SABAR NAK BALIK LER....

Pagi ini kami ( guru-guru ) dipanggil kedepan untuk menyertai aktiviti bersama fasilitator dan murid-murid. Seronok juga dapat menyanyi maklumlah dah lama tak nyanyi. Aktiviti pagi ini murid-murid belajar cara untuk membuat 'presentation' yang akan dibentangkan pada malam nanti, manakala aku pulak duduk di belakang sedang membina blog...Cikgu Tie dan Cikgu Azli sedang membuat 'tempok' sejenis perhiasan kepala bagi masyarakat kaum asli.
Aku mendapat panggilan dari GK aku yang menanyakan tentang pengangkutan untuk murid lelaki sembahyang jumaat. Ala..... small matter aje...susah-susah aku jer gi antar mereka....hentam sajer la ikut kat maner pun janji sampai kat masjid.
Jam menunjukkan pukul 11.15 pagi perutku dahpun keroncong......kruit...krok.....kruit.....EEeeeeii.....aku ni kalahkan bebudak fasilitator lak....apalah aku ni.......sabar...sabar.....perut jangan berbunyi depan bebudak ni malu lah aku......aku terus malayani blog yang tak siap-siap lagi..
Petang ini murid-murid membuat 'presentation' mengenai aktiviti keusahawanan mereka. Tak dapat banyak yang nak diceritakan macam tak ada idea dah.....maklumlah dah tak sabar-sabar rasanya nak balik ke rumah.....rindu...rindu kat rumah aku lak rasanya.
Malam ni berkobar-kobar aku ke kelas untuk menyambung kerja membina blog. Hampeh betul malam ni internet tak dapat buka nak tak nak kelas pun di batalkan maka balik lah aku dengan perasaan hampa. Sampai di 'dorm' kelip ....kelip mata aku memandang kiri..kanan...depan...belakang...tiba-tiba mataku rasa gelap....La.....aku tidur rupanya...

LEWAT..LEWAT..LEWATNYA AKU !

Hari ini aku dan murid-murid bangun lewat sedikit...mungkin kepenatan....mungkin kekenyangan kerana makan di sini terlalu mewah sampai 6 kali sehari......"Tinggal di sini seminggu boleh menternak badan kalau macam ni...". Kataku berseloroh kepada Cikgu Yan dan Cikgu Tie. Mereka hanya gelak bersahaja.

Sedar tak sedar sudah empat hari aku berada di sini, dan aku mulai rasa bosan sedikit kerana kem ini terlalu lama rasanya...kalau nak di bandingkan dengan kursus paling lama pun 4 hari itu pun tak termasuk masa-masa untuk membeli belah, berjalan-jalan.
Pada malam ini aku sangat seronok kerana dapat belajar mengenai cara-cara untuk 'Membina blog'. Inilah pengalamanku yang berharga kerana aku dapat belajar sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Jam menunjukkan pukul 11.45 malam tetapi aku masih lagi membina blog tanpa rasa bosan. Kalau diikutkan hati banyak perkara yang hendak aku ceritakan di sini......
He..he...he...kita lihat pula apa yang terjadi pada esok hari.....tunggu !!!!!

DAH BORING LA PULAK............................

Pagi ini moodku terasa malas sekali. Ku menuruni tangga perlahan demi perlahan kerana kepala lututku semakin sakit, mungkin kerana memandu terlalu lama sebelum ini.....mungkin juga kerana terlalu lama duduk di kerusi bersama-sama murid sepanjang hari..... " Sakit pun, sakit lah......" Pujuk hatiku di dalam hati...tak sampai hatiku untuk meninggalkan mereka tanpa aku di sisi mereka.

Hari ini aku tidak banyak terlibat sangat dengan murid-muridku.....bukannya apa murid-muridku terlalu manja dan tidak berani untuk berhadapan dengan orang ramai. Sengaja aku duduk di belakang untuk melihat telatah murid-muridku bergaul dan berhadapan dengan murid-murid dari sekolah lain. "Ha.....ha...ha......", gelak hati kecilku...biar padan muka mereka...bermacam-macam telatah dan kerenah yang dapat ku perhatikan bukan sahaja muridku malah murid-murid lain juga. Di antara murid yang menarik perhatianku ialah telatah seorang murid lelaki asli dari SK Sungai Tiang . Ku perhatikan pada hari pertama sangatlah pemalu murid itu tetapi bila masuk hari ketiga dia tidak lagi menjadi pemalu tetapi aktif dan berani untuk bergaul dan berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lain. " Alangkah bagus kalau muridku duduk di tempat murid asli tadi..." keluhku sendirian.

KELAS BERMULA...................

Hari ini terasa sakit seluruh badanku. Kalau diikutkan hati malas untuk ku turut serta bersama murid-muridku, tetapi demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan ku gagahi jua. Pagi-pagi lagi dah terdengar suara-suara faslitator menjerit di tapak perhimpunan untuk sesi senaman pagi. Malasnya aku untuk turut serta dengan mereka dalam senamrobik, bukannya apa aku tak bawa pakaian sukan pun. ( Tak dimaklumkan dalam surat ). Pada hari ini juga mereka ( murid-murid ) diberi penerangan tentang Internet & Emel, Lukisan Digital oleh fasilitator yang cergas, aktif dan bersuara nyaring iaitu Kak Zana ( panggilan kepada murid-murid ). Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik dijalankan juga.

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari tiba-tiba perutku mula terasa lapar.........." Aduh ! bila nak sudah ni...". Kataku di dalam hati.
" Okay, sekarang waktu makan adik-adik bolehlah kemas meja dan kerusi ...".

Terdengar sahaja suara fasilitator , aku tanpa berlenggah masa lagi terus meluru turun ke tempat makan bersama-sama guru yang lain. Sampai di 'dorm' mataku mula terasa berat mungkin kerana makan banyak agaknya......dengan suara murid-murid yang riuh rendah tanpa aku sedari mataku mula terkatup sedikit demi sedikit demi sedikit.....dan akhirnya menjadi gelap...
Tiba-tiba.....Tuit...tuit....tuit......tuit.......jam di 'hanphone' ku berbunyi menandakan pukul 2.25 petang, dengan mata yang mengantuk ku melangkah perlahan demi perlahan ke tempat mereka.

Malam ini aku dan rakan-rakan yang lain diberi penerangan tentang 'Penyelenggaran Perkakasan' oleh Cik Zana yang comel. " Ala Cik Zana ,laju sangatlah penerangan tu macam enjin motorbot plak......". Aku mengeluh sendiri. "Perlahanlah sikit......laju sangat...". Terdengar suara-suara guru lelaki yang berada di situ.

HARI PERTAMA............

Badanku terasa penat maklumlah aku baru saja pulang dari kampung yang memaksa aku memandu selama 8 jam. Tambahan pula perutku meragam hari ini ....tak heti-henti aku berulang alik ke tandas selang 15 minit. Perutku masih lagi meragam baruku sedar rupa-rupanya dalam perjalanan pulang dari kampung aku telah memasukkan pelbagai perisa dalam perutku sebagai bekalan tenaga.
Tanpa berlenggah masa ku lihat jam menunjukkan tepat jam 8.00 pagi, "alamak...." baru ku teringat yang aku perlu mengiringi murid-muridku ke Kem Celik ICT di Sg.Siput. Secepat mungkin ku menyiapkan diri dan dengan tergopoh-gopoh aku menuju ke sekolah dan melihat muridku dari jauh telah pun menunggu bersama ibu bapa mereka.
Sambil menunggu Cikgu Radzi sampai aku berbual-bual dengan pekerja-pekerja di sekolah. Hati aku terasa sayu maklumlah inilah kali terakhir ku berada di Klian Intan dan juga kali terakhir khidmatku untuk SKKI. Aku dan Cikgu Radzi bergerak jam 8.30 pagi setelah kesemua murid-muridku seramai 6 orang sudah pun berada di situ. Kami sampai tepat jam 10.30 pagi di Pusat Kemas, Sungai Siput Perak.

Di sana kami disambut dengan mesra oleh pihak urusetia yang comel-comel dan segak la pada pandanganku. Tanpa berlenggah lagi aku terus mendaftarkan diri dan terus menuju ke tempat penginapan yang telah disediakan. Perjalanan program pada hari pertama tidak banyak yang dapat ku ceritakan kerana pemikiranku tidak lagi berada di sini kerana terlalu penat, tidak cukup rehat dan dalam masa yang sama aku juga memikirkan situasi yang macam mana di sekolah baruku nanti....

Suara murid-murid yang riuh rendah memeningkan kepala aku yang sedia ada dah pening....sekejap menjerit sebelah sini....sekejap menjerit sebelah belakang....sekejap lagi terdengar mereka mengilai......EEeeeeiiii bebudak ni aku hempok kepala sorang-sorang baru diam....pejam...celik...pejam...celik aku pun tak sedar entah jam berapa baru aku tertidur....
ZZZZZzzzzzzzzzzzz ( macam-macam mimpi la aku masa ni )