Thursday, November 22, 2007

LEWAT..LEWAT..LEWATNYA AKU !

Hari ini aku dan murid-murid bangun lewat sedikit...mungkin kepenatan....mungkin kekenyangan kerana makan di sini terlalu mewah sampai 6 kali sehari......"Tinggal di sini seminggu boleh menternak badan kalau macam ni...". Kataku berseloroh kepada Cikgu Yan dan Cikgu Tie. Mereka hanya gelak bersahaja.

Sedar tak sedar sudah empat hari aku berada di sini, dan aku mulai rasa bosan sedikit kerana kem ini terlalu lama rasanya...kalau nak di bandingkan dengan kursus paling lama pun 4 hari itu pun tak termasuk masa-masa untuk membeli belah, berjalan-jalan.
Pada malam ini aku sangat seronok kerana dapat belajar mengenai cara-cara untuk 'Membina blog'. Inilah pengalamanku yang berharga kerana aku dapat belajar sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Jam menunjukkan pukul 11.45 malam tetapi aku masih lagi membina blog tanpa rasa bosan. Kalau diikutkan hati banyak perkara yang hendak aku ceritakan di sini......
He..he...he...kita lihat pula apa yang terjadi pada esok hari.....tunggu !!!!!

No comments: