Thursday, November 22, 2007

HARI PERTAMA............

Badanku terasa penat maklumlah aku baru saja pulang dari kampung yang memaksa aku memandu selama 8 jam. Tambahan pula perutku meragam hari ini ....tak heti-henti aku berulang alik ke tandas selang 15 minit. Perutku masih lagi meragam baruku sedar rupa-rupanya dalam perjalanan pulang dari kampung aku telah memasukkan pelbagai perisa dalam perutku sebagai bekalan tenaga.
Tanpa berlenggah masa ku lihat jam menunjukkan tepat jam 8.00 pagi, "alamak...." baru ku teringat yang aku perlu mengiringi murid-muridku ke Kem Celik ICT di Sg.Siput. Secepat mungkin ku menyiapkan diri dan dengan tergopoh-gopoh aku menuju ke sekolah dan melihat muridku dari jauh telah pun menunggu bersama ibu bapa mereka.
Sambil menunggu Cikgu Radzi sampai aku berbual-bual dengan pekerja-pekerja di sekolah. Hati aku terasa sayu maklumlah inilah kali terakhir ku berada di Klian Intan dan juga kali terakhir khidmatku untuk SKKI. Aku dan Cikgu Radzi bergerak jam 8.30 pagi setelah kesemua murid-muridku seramai 6 orang sudah pun berada di situ. Kami sampai tepat jam 10.30 pagi di Pusat Kemas, Sungai Siput Perak.

Di sana kami disambut dengan mesra oleh pihak urusetia yang comel-comel dan segak la pada pandanganku. Tanpa berlenggah lagi aku terus mendaftarkan diri dan terus menuju ke tempat penginapan yang telah disediakan. Perjalanan program pada hari pertama tidak banyak yang dapat ku ceritakan kerana pemikiranku tidak lagi berada di sini kerana terlalu penat, tidak cukup rehat dan dalam masa yang sama aku juga memikirkan situasi yang macam mana di sekolah baruku nanti....

Suara murid-murid yang riuh rendah memeningkan kepala aku yang sedia ada dah pening....sekejap menjerit sebelah sini....sekejap menjerit sebelah belakang....sekejap lagi terdengar mereka mengilai......EEeeeeiiii bebudak ni aku hempok kepala sorang-sorang baru diam....pejam...celik...pejam...celik aku pun tak sedar entah jam berapa baru aku tertidur....
ZZZZZzzzzzzzzzzzz ( macam-macam mimpi la aku masa ni )

No comments: