Hari ini terasa sakit seluruh badanku. Kalau diikutkan hati malas untuk ku turut serta bersama murid-muridku, tetapi demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan ku gagahi jua. Pagi-pagi lagi dah terdengar suara-suara faslitator menjerit di tapak perhimpunan untuk sesi senaman pagi. Malasnya aku untuk turut serta dengan mereka dalam senamrobik, bukannya apa aku tak bawa pakaian sukan pun. ( Tak dimaklumkan dalam surat ). Pada hari ini juga mereka ( murid-murid ) diberi penerangan tentang Internet & Emel, Lukisan Digital oleh fasilitator yang cergas, aktif dan bersuara nyaring iaitu Kak Zana ( panggilan kepada murid-murid ). Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik dijalankan juga.
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari tiba-tiba perutku mula terasa lapar.........." Aduh ! bila nak sudah ni...". Kataku di dalam hati.
" Okay, sekarang waktu makan adik-adik bolehlah kemas meja dan kerusi ...".
Terdengar sahaja suara fasilitator , aku tanpa berlenggah masa lagi terus meluru turun ke tempat makan bersama-sama guru yang lain. Sampai di 'dorm' mataku mula terasa berat mungkin kerana makan banyak agaknya......dengan suara murid-murid yang riuh rendah tanpa aku sedari mataku mula terkatup sedikit demi sedikit demi sedikit.....dan akhirnya menjadi gelap...
Tiba-tiba.....Tuit...tuit....tuit......tuit.......jam di 'hanphone' ku berbunyi menandakan pukul 2.25 petang, dengan mata yang mengantuk ku melangkah perlahan demi perlahan ke tempat mereka.
Malam ini aku dan rakan-rakan yang lain diberi penerangan tentang 'Penyelenggaran Perkakasan' oleh Cik Zana yang comel. " Ala Cik Zana ,laju sangatlah penerangan tu macam enjin motorbot plak......". Aku mengeluh sendiri. "Perlahanlah sikit......laju sangat...". Terdengar suara-suara guru lelaki yang berada di situ.
No comments:
Post a Comment