Pagi ini kami ( guru-guru ) dipanggil kedepan untuk menyertai aktiviti bersama fasilitator dan murid-murid. Seronok juga dapat menyanyi maklumlah dah lama tak nyanyi. Aktiviti pagi ini murid-murid belajar cara untuk membuat 'presentation' yang akan dibentangkan pada malam nanti, manakala aku pulak duduk di belakang sedang membina blog...Cikgu Tie dan Cikgu Azli sedang membuat 'tempok' sejenis perhiasan kepala bagi masyarakat kaum asli.
Aku mendapat panggilan dari GK aku yang menanyakan tentang pengangkutan untuk murid lelaki sembahyang jumaat. Ala..... small matter aje...susah-susah aku jer gi antar mereka....hentam sajer la ikut kat maner pun janji sampai kat masjid.
Jam menunjukkan pukul 11.15 pagi perutku dahpun keroncong......kruit...krok.....kruit.....EEeeeeii.....aku ni kalahkan bebudak fasilitator lak....apalah aku ni.......sabar...sabar.....perut jangan berbunyi depan bebudak ni malu lah aku......aku terus malayani blog yang tak siap-siap lagi..
Petang ini murid-murid membuat 'presentation' mengenai aktiviti keusahawanan mereka. Tak dapat banyak yang nak diceritakan macam tak ada idea dah.....maklumlah dah tak sabar-sabar rasanya nak balik ke rumah.....rindu...rindu kat rumah aku lak rasanya.
Malam ni berkobar-kobar aku ke kelas untuk menyambung kerja membina blog. Hampeh betul malam ni internet tak dapat buka nak tak nak kelas pun di batalkan maka balik lah aku dengan perasaan hampa. Sampai di 'dorm' kelip ....kelip mata aku memandang kiri..kanan...depan...belakang...tiba-tiba mataku rasa gelap....La.....aku tidur rupanya...
No comments:
Post a Comment